Sabtu, 31 Julai 2010

Assalamualaikum opah...


Pertama dan selamanya ucapan Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT tuhan sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. syukur dipanjatkan kerana masih lagi diberi nikmat untuk hidup di dunia ini, nikmat iman dan Islam. Manusia diciptakan oleh Allah dari tanah dan pengakhiran hidup kita juga dari tanah. Sebagai hamba Allah yang dipilih oleh NYa untuk menjadi sebahgian daripada makhlukNya yang menghuni di muka Bumi..

24 Disembar 2008
2.30ptg

EE: Assalamualaikum nyah
Kaknyah: wasalam ee.
EE: wei, opah dah xde
Kaknyah: xde? p mana?
EE: Meninggalla
Kaknyah: opah mana?
EE: opah kg kota
Kaknyah: ?? Innalillahi wainna ilaihi roji'unn.. Opah sakit ke?
EE: tak.. demam je

Tanpa sedar air mata laju mengalir macam air paip.. terkejut. Terus jari-jari ini mendail nombor telefon ibu..

Kaknyah: Assalamualaikum..
Ibu: Waalaikumsala..
Kaknyah: ibu, kaknyah nak balik.
Ibu: ada bas ke sekarang?
Kaknyah: xtau.. ni dah petang, takpe.. try tnya kawan nanti
Ibu: kalau tak ada bas balik pagi esok la.. bahaya malam-malam ni balik sorang-sorang
Kaknyah: bila nak kebumi?
Ibu: esok pagi..
Kaknyah: tak sempat ni kalau balik esok.. takpe, kalau jadi balik kaknyah bagi tau.
Ibu: Ok..

Petang tu hujan lebat, 2jam tunggu kereta sewa nak balik kolej dari kampus.. hari tu jugak hari terakhir kelas e-com. Perancangan awal nak balik esok sebab cuti umum untuk hari Krismas. Acu,Uda,angah,makyang semua plan nak balik kampung cuti. Perancangan manusia itu baik namun perancangan Allah lebih baik dari segalanya.

Jam dah pukul 5.15 masa tu, Alhamdulillah kereta sewa sampai.. dalam sejuk hujan tu kami angkat beg masuk dalam boot kereta.

Kaknyah: Pakcik, boleh tak hantar saya p changlun, saya nak balik Perak, opah saya
meninggal.
Pakcik: ya ka... nak balik pukul berapa tu? ada ka bas lagi waktu ni?
Kaknyah: tak tau la pakcik, dalam pukul 6 pakcik ambik saya kat kolej
Pakcik: boleh-boleh, kita p tengok.
Kaknyah: terima kasih pakcik
Pakcik: sama-sama

Jam 6, lepas solat Asar.. beg pun dah siap. Jimah, Shimah, Cikni pun teman p changlun. Sampai Changlun tiket abis, Pakcik tu hantar p Jitra.. tiket takda jugak.. Ya Allah, kuatkanlah hati ini,

Pakcik: takpa dik, kita p tengok kat alor Setar
Kaknyah: takpe ke pakcik, tambang nya macamna?
Pakcik: takpe, pakcik bagi 50 ringgit je pegi balik ni
Kaknyah: terima kasih pakcik.
Pakcik: takpe, hari ni hari hang, hari pakcik tak tau bila

Sampai Alor Setar jam 7.30malam, lepas solat Maghrib terus pi cari tiket.. Alhamdulillah tiket jam 9.00 malam ni, jimah, shimah dengan Cikni pun bertolak balik ke UUM.. Terima kasih semua..

Debaran hati ni Allah sahaja yang tau.. Sampai dekat Kamunting Jam 12 tengah malam.. Alhamdulillah.. sampai je, ayah dengan pakngah dah ada kat hentian.. air mata nak gugur lagi tp...... tahan.

******************************************

Sampai rumah, semua dah ada.. orang terakhir rupanya sampai.. suasana lain dari lain. Lepas salam semua.. tengok merah mata sorang-sorang, sedih.. pilu.. bercampur-campur.. berat rasa kaki ni nak melangkah masuk dalam bilik opah, perlahan kaki ni melangkah menuju ke katil.. ada jasad terbujur kaku diselimut.. tahan kaknyah.. uda tengah baca Al-Quran.

Uda: kaknyah tak nak buka selimut tengok opah?
Kaknyah: (geleng kepala terus keluar ke dapur)

Air mata laju mengalir tak boleh nak tahan, lama dah tahan td.. kenangan-kenangan sebulan lepas dengan opah terbayang-bayang kat mata ni.. mandi, tolak kerusi roda p depan, masak nasik, masak lauk, masak megi.. lepas ni dah takda chef yang akan rasa dulu kuah gulai dah.. lama dok kat dapur, lepas lap air mata terus keluar duduk depan.. nak baca Quran.. cuti.. Surah Al Ikhlas yang dapat di sedekahkan..

Pagi esoknya, kuatkan hati buka selimut yang tutup muka opah.. air mata ni berderai lagi.. pagi tu ramai yang datang ziarah.. ada yang duduk sedekahkan Al-Ikhlas, sedara mara jauh dekat datang.. kelengkapan untuk mandikan opah dah siap.. kemudian opah diangkat ke dalam bilik mandi.. ibu, angah, ayang,uda,acu jirus, sabun, gosok badan opah... lembut. hati ni sangat tersentuh bila ustazah 2 ambilkan air sembahyang untuk opah, rasa insaf, kecil.. teringat.. bila roh dah terpisah dari jasad, bila anggota dah kaku..kita dah tak mampu nak buat apa-apa.. Subhanallah.
Selesai mandi, opah diangkat ke ruang depan rumah dan bersedia untuk di kafankan.

Kaknyah: Ammar, opah pegi mana?
Ammar: opah dah meninggal.. (pandai ammar jawab, kecik pun dah faham)kaknyah rindu opah? Ammar rindu opah.
Kaknyah: (kelu.. tak terkeluar jawapan, tati dengan ira dekat sebelah terus mengalir air mata dengar pertanyaan Ammar)

Lepas siap dikafan dan hanya bahagian muka tidak ditutup, sorang-sorang anak dipanggil untuk memberi ciuman terakhir... sayu

giliran cucu pula.. tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir, air mata di sapu.. dahi opah dicium... sejuk. semoga opah di tempatkan dikalangan orang yang solehah.. ameen

kereta jenazah dah siap tunggu kat luar rumah untuk bawa opah ke alam baru.. perjalannya diiringi dengan doa.. setiap makhluk yang hidup di dunia ini akan mati apabila tiba masa yang Allah janjikan.. tiada penangguhan walau sesaat.. Hidup ini hanya pinjaman nyawa dari Allah, apabila tiba masa kita perlu pulangkan apa yang kita pinjam walaupun ada hajat yang belum tercapai.. sama-sama kita muhasabah diri.. cukup ke amalan kita di dunia untuk bekalan di akhirat nanti.. sesungguhnya apabila matinya anak Adam itu hanya 3 perkara sahaja yang akan dibawa bersama.. amal soleh, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh.. InsyAllah.. berusaha, berdoa, bertawakal.

satu catatan hati yang ingin dikongsikan..



salam sayang untuk opah:
kaknyah