Selasa, 5 Julai 2011

Fadhilat Surah : Al-Khafi



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang masih memberi nikmat untuk hidup di atas muka BumiNya ini, nikmat Iman dan Islam, Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dan ucapan selamat hari rabu untuk rakan-rakan yang sedang membaca ^_^


Hari ini sedikit perkongsian untuk kita sama-sama lebih mengenali Surah Al-Khafi.. Surah yang mempunyai 110 ayat ini mempunyai banyak fadhilat kepada yang membaca dan yang mengamalkan surah ini.


1) Imam Ahmad berkata : " Daripada Abi Darda' daripada Nabi (SAW), baginda telah bersabda : "sesiapa yang menghafaz sepuluh (10) ayat daripada permulaan surah Al-Khafi, maka terhindar daripada Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

2) Daripada Muaz Ibnu Anas Al- Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca awal dan Surah Al-Khafi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepada hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.
(H.R Ahmad)

3) Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : " sesiapa yang membaca Surah Al-Kkafi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.
(H.R Ibnu Katsir)

Sumber: Amalan Surah-surah Pilihan (Fadhilat dan Khasiat), Hj. Johari b. Hj Alias,
Darul Nu'man)

Ahad, 3 Julai 2011

RiNdU SaHaBaT..


Ukhwah Fillah Abadan Abada


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Pencipta sekalian alam yang masih lagi memberi kita nikmat untuk terus hidup di dunia ini. Nikmat untuk melihat bukti kekuasan Allah yang selama ini dipaparkan tanpa cela walau sebesar zarah

SAHABAT.. suatu ungkapan yang mudah diucap tetapi sangat besar ertinya. Sahabat yang sejati adalah sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.. Sewaktu di universiti barulah ana tahu erti persahabatan yang sebenar. Sahabat ketika susah mahupun senang. Apabila kita berukhwah kerana Allah, perasaan antara satu sama lain berbeza dengan kita bersahabat sekadar untuk menyiapkan tugasan atau berkongsi pengalaman.

Sahabat Masjid @ Rakan Masjid yang sentiasa dihati walaupun berat hati untuk berpisah. Namun, tuntutan masa dan tanggungjawab membuatkan jasad kita terpisah dan hanya DoA Rabitah yang akan menyatukan hati-hati kita. Moga apa yang kita sama-sama perjuangkan di dalam Sahabat Masjid akan terus mekar dan Istiqomah.

Tugas kita di Sahabat Masjid adalah untuk menarik hati-hati insan yang di luar sana untuk sama-sama sertai kita perbaiki diri dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

Di sinilah kita bermula dan di sini juga lah kita berakhir,
Di sinilah kita bertemu dan di sini juga lah kita berpisah,
Di sinilah kita bertukar senyuman dan di sini juga lah kita berkongsi tangisan..
Di dalam SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE, BUKIT KACHI.


Wahai Sahabat... teruskan perjuangan walau di mana kita berada..
semoga ukhwah tetap di hati kita :-)