Khamis, 14 Oktober 2010

Berdoalah wahai hati!


Pertama dan selamanya syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah swt kerana diberi kekuatan dan kesempatan kepada jari jemari ini untuk menari-nari dipapan kekunci ini.. Nikmat Islam dan Iman yang kita peroleh untuk kita sama-sama berbuat amal dan ibadat kepadaNya. Dah lama tak update blog. Acu pun dah tanya hihi




DOA satu ayat yang mempunyai kuasa luar biasa. Dengan doa yang sakit boleh sembuh, dengan doa yang susah boleh senang, dengan doa yang kusut jadi tenang... berdoalah wahai hati. Benamkanlah segala ego dan iri yang beraja di hati. Tunduk sujud padaNya, moga-moga rintihan hati ini didengari.. Allah maha mendengar maha mengetahui.

Semalam Kelab Perkim dan rakan masjid Imam As-Syafie mengadakan diskusi "BICARA HATI" yang disampaikan oleh Prof. Dr. Haji Muhd Kamil b. Ibrahim yang diundang khas daripada UiTM Segamat. Beliau berkongsi pengalaman yang sangat3 berharga mengenai 'the power of Du'a'.. bagaimana yang diceritakan oleh prof yang dahulunya jahil, tetapi boleh berubah menjadi insan yang bagai baru dilahirkan.. pelikkan?? tapi dengan Rahmat, kasih sayang Allah perkara ini bukan sesuatu yang pelik namun dilihat sebagai satu kuasa yang sangat besar daripada Allah.


Sebagai pelajar/mahasiswa/anak, doa sangat penting.. antara petua yang disampaikan adalah bangun solat awal pagi 1/3 malam, solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat.. bangun dengan harapan dan keikhlasan.. mohon sungguh9 apa yang dihajati.. InsyaAllah.. ISTIQAMAH6.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai perjalanan hidup Prof Kamil, jangan lupa dapatkan buku Travelog Haji hasil karya beliau.. begitu meruntun jiwa:-)~ terima kasih Prof Kamil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan