Khamis, 11 November 2010

JoDoH & TaKdIR...




Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

~untuk dengar lagu penuh bleh cari kat utube hehe (>_<)

Selasa, 9 November 2010

Terapi Ruqyah

Pertama dan selamanya syukur kehadrat Allah swt tuhan sekalian alam yang menciptakan apa yang ada dilangit dan di bumi.. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. semalam (9hb Nov) bertempat di FTM UUM telah diadakan satu bengkel "belajar sendiri terapi ruqyah" oleh Hj Syed Araniri Ahmad Al-Idrus.. Alhamdulillah dapat ilmu baru :-)

RUQYAH tu apa? macam nama orang,, makcik rokiah je :-)hehe

RUQYAH ni adalah sistem pengubatan yang menggunakan jampi-jampian yang dibacakan kepada seseorang untuk ubati penyakit. Ruqyah ini terbahagi kepada 2 iaitu Ruqyah Syirkiah dan Ruqyah Syariyah.. Ruqyah Syirkiyah tu maknanya jampi yang guna jin, yang menyekutukan Allah.. Ruqyah Syariyah tu jampi yang gunakan ayat Al-Quran. Dalam pengubatan Islam ni kita kena yakin dan percaya hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit. Ruqyah boleh digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan fizikal, jin dan kejiwaan.. semua guna ayat Al-quran. Hebat! Allahuakbar!!
AL-FATIHAH doa yang paling mujarab.. mesti amalkan setiap hari setiap waktu..

Antara surah-surah penting:

AL-FATIHAH
AL-IKHLAS
AN-NAS
AL-BAQARAH
AL-A'RAF

*************************************************************************************
Renung-renungkan dan selamat beramal :-)

Isnin, 8 November 2010

Al- Fatihah...


Pertama dan selamanya syukur Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat untuk hidup di atas muka bumi ini. Nikmat Islam dan Iman yg masih ada dalam urat nadi kita.. hidup dan mati ni hanya Allah yg tau bila "due date" kita.. entah esok, lusa, malam ni, kejap lg.. Berita kematian sudah lali kita dengar sampaikan dah jadi perkara biasa tp sedar atau tak kenapa Allah jadikan situasi ni jadi macam 2.. teringat dalam surah Al-Mulk Allah ceritakan kenapa...
surah Al-Mulk ayat 2..
"yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampun."

Dalam ayat ni Allah bgtau kita kenapa dia cipta ada hidup dan mati, kenapa tak dia hanya hidupkan manusia hanya untuk tunduk sujud padaNya.. Maha Mengetahui sifatnya yang menjadikan hidup mati tu untuk menguji dimana kita meletakkan Allah dalam hati kita?? waktu susah? sedih? gembira? di mana? persoalannya... bila Allah ciptakan hidup mati ni, manusia akan berlumba membuat kebaikan, mencari bekalan ke sana tapi tak lupa juga pada manusia yang sombong yang tak pernah bersyukur apa adanya..

MANUSIA
Bila Allah dah tetapkan waktu, akan sampai masa yang ditunggu xpernah lewat walau sesaat.. sakit hanya asbab kepada kematian.. Tinggal semua kepunyaan di dunia, hanya.. amalan dan doa anak soleh di bawa.

*************************************************************************************

Al-Fatihah buat Cikgu Fadilah bt Mohaidin yang telah kembali ke Rahmatullah (1 Zulhijjah 1431H).. semoga roh di cucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. semoga Bairos dan keluarga tabah dan sabar (teringat arwah opah)