Selasa, 9 November 2010

Terapi Ruqyah

Pertama dan selamanya syukur kehadrat Allah swt tuhan sekalian alam yang menciptakan apa yang ada dilangit dan di bumi.. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.. semalam (9hb Nov) bertempat di FTM UUM telah diadakan satu bengkel "belajar sendiri terapi ruqyah" oleh Hj Syed Araniri Ahmad Al-Idrus.. Alhamdulillah dapat ilmu baru :-)

RUQYAH tu apa? macam nama orang,, makcik rokiah je :-)hehe

RUQYAH ni adalah sistem pengubatan yang menggunakan jampi-jampian yang dibacakan kepada seseorang untuk ubati penyakit. Ruqyah ini terbahagi kepada 2 iaitu Ruqyah Syirkiah dan Ruqyah Syariyah.. Ruqyah Syirkiyah tu maknanya jampi yang guna jin, yang menyekutukan Allah.. Ruqyah Syariyah tu jampi yang gunakan ayat Al-Quran. Dalam pengubatan Islam ni kita kena yakin dan percaya hanya Allah yang boleh menyembuhkan penyakit. Ruqyah boleh digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan fizikal, jin dan kejiwaan.. semua guna ayat Al-quran. Hebat! Allahuakbar!!
AL-FATIHAH doa yang paling mujarab.. mesti amalkan setiap hari setiap waktu..

Antara surah-surah penting:

AL-FATIHAH
AL-IKHLAS
AN-NAS
AL-BAQARAH
AL-A'RAF

*************************************************************************************
Renung-renungkan dan selamat beramal :-)

1 ulasan:

  1. salam..
    k.bai, doa untuk hilangkan pening kepala yg k.bai ckp tue mcm mane? sakit kepala sokmo without any reasons.. boleh bantu adik x? hehe..
    doa apa yg kena baca? surah??

    BalasPadam