Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi pada 10.10.12 ALLAH telah memberi izin untuk saya berada bersama-sama rakan belajar yang lain untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan kepujian ^^,
Kehadiran ibu ayah, adik2 (ira n tati) sangat bermakna untuk saya. Ucapan tahniah daripada sanak saudara, keluarga dan rakan-rakan menambahkan lagi rasa syukur dan gembira bila berjaya menghabiskan 3 tahun perlayaran di alam pengajian.
Segala kenangan manis, pahit, sedih akan sentiasa berada di dalam hati ni.^^,
Kegembiraan ini sebenarnya di tambah dengan kejayaan diterima untuk menyambung pengajian di peringkat Master di UUM. Alhamdulillah, permohonan diluluskan untuk menyambung pengajian dalam kos Kaunseling. In shaa ALLAH, harapnya ALLAH membuka laluan supaya saya beroleh kemudahan dan ketenangan dalam menghabiskan 2 1/2 tahun pengajian lagi ^^,
Ilmu sangat penting kepada kita untuk menjadi khalifah di bumi ALLAH, tak kira lelaki mahupun perempuan. Saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang kaunseling kerana gerakan hati yang sangat dekat dengan masyarakat. Perasaan mudah untuk mendengar masalah kawan dan keluarga juga jadi pendorong untuk saya meneruskan pengajian dalam bidang yang mencabar ni..
Bila ditanya " sambung ngaji kos apa?" saya jawab " kos kaunseling" seringkali dapat respon yang positif "wahh, bagusnya, kaunseling ni murni kerjanya walaupun sukar"
Saya ambil ianya sebagai semangat untuk terus dalam bidang ni.. Saya tau ramai yang minat tetapi tidak mendapat peluang, jadi bila ALLAH memilih saya untuk berada dilapangan ini, mana mungkin saya biar peluang ini berlalu pergi.
Mudah-mudahan ilmu ini dapat saya kongsi dan membantu orang lain di dalam kesusahan ^^,
Mohon ALLAH kuatkan hati saya sentiasa istiqamah melakukan kebajikan walaupun kecil.
Mohon ALLAH juga beri saya petunjuk dan bimbingan untuk terus berada di UUM.
Mohon ALLAH kuatkan Iman walaupun berhadapan waktu sukar
Mohon ALLAH pastikan hanya Dia tempat saya bergantung..
In Shaa ALLAH ^^,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan