Isnin, 5 Disember 2011

Teacher Baizuraa :-)


Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Ucapan salam sejahtera kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Bila kita sebut perkataan cikgu mesti kita teringat cikgu kita semasa di bangku sekolah dulu. Cikgu sekolah rendah, sekolah menengah bahkan cikgu tadika :-) Dalam fikiran terbayang-bayang cikgu yang garang, sporting, lemah lembut dan lain-lain karakter lagi la kan. Guru ni bukan 1 kerjaya yang menjadi pilihan terakhir tetapi mesti jadi pilihan utama sebab mulianya jasa & pengorbanan cikgu ni. Hidup manusia itu bukan minta untuk dipuja tapi sekadar kita mengingati jerih perit sorang cikgu walaupun dia hanya mengajar kita untuk tempoh 1 hari.

kepada insan yang bergelar GURU.. berusahala menjadi guru yang terbaik dan ikhlas memberi ilmu dan mendidik dengan sabar disamping merebut redha Ilahi kerana bekerja itu IBADAH.


Selasa, 5 Julai 2011

Fadhilat Surah : Al-Khafi



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang masih memberi nikmat untuk hidup di atas muka BumiNya ini, nikmat Iman dan Islam, Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dan ucapan selamat hari rabu untuk rakan-rakan yang sedang membaca ^_^


Hari ini sedikit perkongsian untuk kita sama-sama lebih mengenali Surah Al-Khafi.. Surah yang mempunyai 110 ayat ini mempunyai banyak fadhilat kepada yang membaca dan yang mengamalkan surah ini.


1) Imam Ahmad berkata : " Daripada Abi Darda' daripada Nabi (SAW), baginda telah bersabda : "sesiapa yang menghafaz sepuluh (10) ayat daripada permulaan surah Al-Khafi, maka terhindar daripada Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

2) Daripada Muaz Ibnu Anas Al- Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca awal dan Surah Al-Khafi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepada hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.
(H.R Ahmad)

3) Daripada Umar berkata : Nabi SAW telah bersabda : " sesiapa yang membaca Surah Al-Kkafi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.
(H.R Ibnu Katsir)

Sumber: Amalan Surah-surah Pilihan (Fadhilat dan Khasiat), Hj. Johari b. Hj Alias,
Darul Nu'man)

Ahad, 3 Julai 2011

RiNdU SaHaBaT..


Ukhwah Fillah Abadan Abada


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Pencipta sekalian alam yang masih lagi memberi kita nikmat untuk terus hidup di dunia ini. Nikmat untuk melihat bukti kekuasan Allah yang selama ini dipaparkan tanpa cela walau sebesar zarah

SAHABAT.. suatu ungkapan yang mudah diucap tetapi sangat besar ertinya. Sahabat yang sejati adalah sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.. Sewaktu di universiti barulah ana tahu erti persahabatan yang sebenar. Sahabat ketika susah mahupun senang. Apabila kita berukhwah kerana Allah, perasaan antara satu sama lain berbeza dengan kita bersahabat sekadar untuk menyiapkan tugasan atau berkongsi pengalaman.

Sahabat Masjid @ Rakan Masjid yang sentiasa dihati walaupun berat hati untuk berpisah. Namun, tuntutan masa dan tanggungjawab membuatkan jasad kita terpisah dan hanya DoA Rabitah yang akan menyatukan hati-hati kita. Moga apa yang kita sama-sama perjuangkan di dalam Sahabat Masjid akan terus mekar dan Istiqomah.

Tugas kita di Sahabat Masjid adalah untuk menarik hati-hati insan yang di luar sana untuk sama-sama sertai kita perbaiki diri dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

Di sinilah kita bermula dan di sini juga lah kita berakhir,
Di sinilah kita bertemu dan di sini juga lah kita berpisah,
Di sinilah kita bertukar senyuman dan di sini juga lah kita berkongsi tangisan..
Di dalam SAHABAT MASJID IMAM AS-SYAFIE, BUKIT KACHI.


Wahai Sahabat... teruskan perjuangan walau di mana kita berada..
semoga ukhwah tetap di hati kita :-)

Rabu, 29 Jun 2011

Doa69 ... Amin Ya Rabb.


Ya Allah..
Jadikan matahatiku dapat memandang cinta dan kurniaanMu setiap masa,

Jadikan diriku dapat membalas cintaMu & mensyukuri nikmatMu setiap saat,

Jadikan diriku sentiasa fakir KepadaMu dalam dalam setiap langkahku,

Jadikan diriku tiada berpaling ke belakang dalam mencapai cinta sejati..


Pada Ar- RahmanMu, Aku hilangkan segala bayang yang terdinding.. Amin.

** Moga Istiqamahku Kau pelihara Ya Allah.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Khamis, 23 Jun 2011

Status : Pelajar Latihan Industri ^_^

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama dan selamanya syukur dipanjatkan kepada Pencipta Alam yang sentiasa di hati InsyaAllah. Syukur di atas nikmat Islam dan Iman yang masih dikurniakan olehnNya. Tidak dilupakan juga rezeki yang selama ini diberikan tanpa meminta sesen pun bayaran. Rezeki pernafasan, pendengaran, akal fikiran. Sesetengah orang berpendapat rezeki itu hanya seperti makanan, kereta mewah, pekerjaan, status, rumah dan sebagainya yang perlu disyukuri namun, sedar atau tidak kurniaan nyawa, penglihatan, pendengaran itu juga merupakan rezeki daripada Allah S.W.T yang perlu kita syukuri.

************************************************************************************

Alhamdulillah

Hari ini merupakan hari yang ke 17 saya menjalani praktikum di MPM. Menjalankan tugas membantu kak Syikin di Unit Latihan dan Kompetensi yang menguruskan soal latihan, kursus, bengkel, perubatan anggota majlis. Banyak juga tunjuk ajar yang diberikan. (macehh) Cara nak tebuk lubang pada surat pun diajar hehehe mula-mula tebuk pun senget je, dah diajar.. Alhamdulillah ok! ^_^

Bila dah keluar ke alam pekerjaan ini macam-macam ragam yang kita boleh lihat. Masa belajar dulu karenah remaja.. sekarang karenah orang dewasa. Mencabar.

Aktiviti yang biasa dilakukan di pejabat :
1. Pengurusan Fail dan Rekod
- catat minit dalam fail, masa ni yang salah tebuk lubang ni hee
- buat surat, memo, kemaskini borang penilaian kursus & analisa kursus.
Belajar untuk jadi orang yang penyabar dengan kerja yang sama setiap hari tp yang bestnya setiap hari kita akan belajar banyak perkara baru.

************************************************************************************

BEKERJA ITU SUATU IBADAT...
Jumpa lagi dilembaran yang akan datang... Assalamualaikum.